Monday, March 4, 2013

Bangladesh kerah tentera


Dhaka: Bangladesh semalam mengerahkan tentera ke utara negara itu apabila 10 lagi terbunuh dalam pertempuran berkait dengan keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman mati ke atas pemimpin sebuah parti Islam negara itu.
Tentera dikerah ke bandar Shahjahanpur selepas lebih 5,000 penunjuk perasaan bersenjatakan kayu menyerang dua balai polis, memaksa anggota polis melepaskan tembakan. “Empat terbunuh selepas penyokong Jamaat-e-Islami menyerang kami. Jumlah mungkin meningkat,” kata Ketua Polis Daerah Shahjahanpur, Moqbul Ahmed kepada media.

Sementara itu, empat orang ditembak mati di Godagari selepas polis dan pengawal sempadan melepaskan tembakan ke arah beribu-ribu penunjuk perasaan parti itu selepas mereka menyerang polis dengan kayu dan batu, kata ketua polis daerah, Jamaat-e-Islami. Dua lagi terbunuh malam semalam, termasuk aktivis pelajar parti pemerintah.
Jumlah kematian dalam pertempuran selepas Naib Presiden Parti Jamaat-e-Islami, Delwar Hossain Sayeed dijatuhkan hukuman mati minggu lalu kini meningkat 65 orang. - AFP

No comments:

Post a Comment