Monday, March 4, 2013

Nato minta maaf sebabkan kematian 2 kanak-kanak Afghan

KABUL - Nato yang dipimpin Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (Isaf)  memohon maaf atas kematian dua kanak-kanak lelaki Afghanistan, yang terbunuh kerana disangka sebagai pemberontak.
Kanak-kanak yang berusia di bawah tujuh itu terbunuh Khamis lalu di wilayah Uruzgan.
Jurucakap Isaf, Brigadier General Gunter Katz berkata, pihaknya mengambil "tanggungjawab penuh bagi tragedi ini."
Sementara itu, penganalisis berkata, kematian orang awam itu telah menyebabkan kemarahan rakyat Afghanistan dan Presiden Hamid Karzai baru-baru ini turut mengarahkan tenteranya supaya menghentikan serangan udara kawasan mempunyai bangunan.
Langkah ini diambil selepas kejadian 13 Februari di mana mogok dianjurkan bagi membantah serangan udara Nato yang diminta oleh pasukan Afghanistan membunuh 10 orang, termasuk lima wanita dan empat kanak-kanak.

No comments:

Post a Comment