Monday, March 4, 2013

Bashar tolak letak jawatan


Dalam wawancara menerusi video dengan akhbar The Sunday Times, pemimpin Syria itu turut menawar kan rundingan dengan pembangkang bagi mengakhiri krisis senjata yang sudah meragut lebih 70,000 nyawa di negara itu. 
“Mereka perlu meletakkan senjata sebelum rundingan boleh diadakan,” katanya. 

Bagaimanapun, Bashar turut menjelaskan, beliau hanya bersedia untuk berunding itu dengan kumpulan politik, bukan ‘pengganas bersenjata.’

“Kami sudah bersedia berunding dengan dengan sesiapa saja termasuk militan yang menyerah diri

“Kami boleh mengadakan dialog dengan pembangkang, tetapi tidak dengan pengganas,” katanya dalam wawancara yang diadakan minggu lalu di kediamannya, Istana Al-Muhajireen. 

Wawancara itu disiarkan ketika Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki-moon dan dutanya ke Syria, Lakhdar Brahimi berkata, mereka bersedia menjadi orang tengah rundingan damai antara rejim Bashar dengan penentangnya. 

Di Teheran, Menteri Luar Iran, Ali Akbar Salehi berkata, Bashar yang menjadi presiden berikutan kematian bapanya, Hafez pada 2000, akan mengambil bahagian dalam pilihan raya presiden tahun depan. 

“Terserah kepada rakyat Syria untuk memilih pemimpin mereka pada pilihan raya itu,” katanya. 

Dalam temuramah berkenaan, Bashar juga menyangkal sengketa bersenjata melanda negaranya berkait dengan kepimpinannya. 

“Adakah pertempuran akan terhenti jika saya meletakkan jawatan? 

“Ini tidak masuk akal. Perkembangan di Libya, Yaman dan Mesir membuktikan bahawa dengan menjatuhkan pemimpin secara paksa, negara masih tidak boleh aman,” katanya. 

Sementara itu, 133 orang terbunuh di seluruh Syria kelmarin. 

Mereka termasuk dua warga Palestin yang digantung di atas pokok oleh penentang di sebuah kem pelarian di Yarmuk kerana disyaki membantu tentera kerajaan.

No comments:

Post a Comment