Sunday, March 17, 2013

Perangi keganasan wanita



Michelle Bachele
NEW YORK 16 Mac - Negara-negara Barat dan Islam semalam mencapai persetujuan dalam deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menetapkan tindakan bagi memerangi keganasan terhadap wanita.
Iran, Libya, Sudan dan negara-negara Islam lain bersetuju untuk menyatakan bahawa keganasan terhadap wanita dan gadis tidak boleh menggunakan alasan 'pertimbangan budaya, tradisi atau agama'.
Negara-negara Barat terutama dari Scandinavia, pula mengurangkan desakan bagi merujuk kepada hak asasi golongan gay dan hak kesihatan seksual bagi membolehkan perjanjian dicapai selepas rundingan selama dua minggu itu menjadi tegang di antara 193 negara anggota PBB.
Kira-kira 6,000 badan bukan kerajaan (NGO) berada di New York bagi menghadiri persidangan Suruhanjaya Status Wanita tersebut.
Sorakan dan tepukan diberikan apabila deklarasi itu diumumkan di pejabat PBB di sini malam tadi.
Pengarah Eksekutif PBB bagi Wanita, Michelle Bachelet berkata, ia merupakan satu persidangan yang bersejarah.
Cubaan terakhir oleh suruhanjaya PBB itu berhubung keganasan terhadap wanita pada 2003 berakhir dengan kegagalan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130317/lu_03/Perangi-keganasan-wanita#ixzz2NkosGnxR
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment