Sunday, March 17, 2013

Lelaki disyaki pengganas gagal bolosi zon operasi


Lahad Datu: Seorang lelaki disyaki pengganas ditahan pasukan keselamatan ketika dipercayai cuba membolosi zon operasi Op Daulat di Felda Sahabat, di sini, pagi semalam.

Bagaimanapun, pasukan keselamatan tidak memaklumkan di mana lelaki tidak bersenjata itu ditahan, sebaliknya mengatakan ditahan jam 6.30 pagi.


Sejak Op Daulat dilancarkan, saki baki pengganas yang terdesak menyamar sebagai penduduk kampung dalam usaha melarikan diri, malah menanggalkan pakaian seragam tentera bagi mengelak dikesan.

“Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, berikutan saki baki pengganas kini berpecah kepada kumpulan kecil, pasukan keselamatan memerlukan kerjasama penduduk untuk menyalurkan maklumat bagi mengesan mereka.


“Lelaki yang ditahan pagi tadi itu (semalam) kini disoal siasat.


“Saya tidak mahu beritahu di mana lelaki berkenaan ditahan, tetapi dalam Felda Sahabat,” katanya pada sidang media bersama Panglima Divisyen Pertama Infantri, Mejar Jenaral Datuk Mohd Zaki Mokhtar di Felda Residence Sahabat, di sini, pagi semalam.

No comments:

Post a Comment