Sunday, March 3, 2013

FAKTA YANG PATUT KITA KAJI DI LAHAD DATU.UMPAMA PERISTIWA DI BUKIT JENDALIK.



1. Kenapa penceroboh yang lainnya lepas lari.

2. Dimana letaknya radar Rotello buatan Italy yang canggih sehingga sampan kecil pun dapat dikesan.

3. Kenapa pihak polis yang terlibat bukannya tentera.

4. Adakah tentera laut, dan polis merin tidak mengawal kawasan yang sisyaki laluan ke Tawi-Tawi.

5.Peranan tentera di perkecilkan

6. Kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri yang tak masuk akal.

7.Ketua gerombolan adalah menantu kepada Ketua Cawangan Umno Sg Bilis.

8.HJ Musa pemimpin No 2 pula adalah besan kepada Ketua cawangan Sg Nyamuk kerana anak lelakinya bernikah dengan anak Hj Musa.

10. Berbalik kepada peristiwa pencerobohan yang kini makin kritikal menghirankan kenapa penceroboh itu dibiarkan sampai berminggu?

11. Kalaulah benar Sabah adalah daerah dan jajahan takluknya pihak kesultan Sulu boleh menuntutnya di mahkamah timbang tara dunia, (ICJ)

12. Malaysia sepatutnya perlu segera meminta penjelasan dari kerajaan Filipina mengenai status penceroboh itu. Apakah ianya di bawah perlindungan Filipina ataupun mereka bergerak sendiri? Perdana Menteri Najib Razak tidak perlu berlembut dalam situasi kritikal dan mencabar kedudukan dan kedaulautan negara begitu. Mereka perlu dilengsaikan segera tanpa memberi masa tawaran yang agak panjang.

13.Meletak kepanjangan tempoh pencerobohan itu ada sangkut paut dengan kelemahan Najib sebagai pemimpin nombor satu negara serta para pakar perang negara kita dalam menasihati Najib.Hishamuddin macam biasa.

14. Paksaan melepaskan jawatan itu juga akan terheret kepada sepupunya Hishamuddin Hussein sebagai Menteri Dalam Degeri dan juga Ahmad Zahid Hamidi sebagai Menteri Pertahanan. Mereka kena bertanggungjawab atas tragedi itu dan tidak boleh dianggap ia hanya seperti isu stadium runtuh atau jambatan (flyover) runtuh.

15.Menteri dalam negeri selalu flip flop...tarak tau apa...... “I confirm that our security forces have not taken a single shot but were shot at 10 a.m. this morning!” he tweeted. ("Saya mengesahkan bahawa pasukan keselamatan kita tidak melepaskan sebarang tembakan tetapi telah ditembak pada 10 pagi pagi ini!" Dia menulis dalam tweetnya.)

16, Rakyat tertanya tanya bagaimana satu kumpulan manusia yang besar bilangannya mampu menembusi perairan negara dengan senjata begitu mudah. Jika mengikut laporan kejadian, tentera kita yang terbunuh terkena serangan mortar, senjata yang dikira dalam kategori berat. Sangat merbahaya bagi keselamatan rakyat dan negara. Jika ianya satu kebenaran.

17. Tempoh hampir sebulan sangat pelik. Apakah mereka sudah ada persediaan makanan yang banyak hingga mampu bertahan begitu lama atau ada pembekal untuk mereka yang begitu ramai.

18. Darurat adalah satu cara menangguhkan PRU 13 yang telah hampir menemui tarikh luputnya. Najib sangat takut dengan tarikh PRU. Beliau seringkali memejamkan mata apabila ditanya bila nak umum PRU?

No comments:

Post a Comment