Sunday, March 3, 2013

Masjid bersejarah Syria musnah


Masjid bersejarah Syria musnah
Bangunan Masjid Umayyad musnah teruk selepas terkena bedilan udara ketika pertempuran di Aleppo, Syria.
BEIRUT - Sebuah masjid bersejarah abad ke-12 di tengah bandar Syria, musnah selepas terkena bedilan bom dilancarkan Tentera Pembebasan Syria (FSA) dan tentera kerajaan Presiden Bashar Al-Assad.

Pemerhati Hak Asasi Kemanusiaan Syria melaporkan, pekarangan Masjid Umayyad itu dijadikan medan pertempuran dan lokasi tawanan kumpulan pemberontak.

"Masjid berkenaan dikenali sebagai Masjid Besar Aleppo terletak berhampiran pasar Kota Lama dan diiktiraf sebagai tapak warisan dunia.

"Masjid ini pernah rosak teruk ketika pertempuran pada Oktober 2012, seminggu selepas insiden kebakaran di pasar Kota Lama," katanya.

Kumpulan pemberontak kini berada di laluan selesa apabila mendapat sokongan pentadbiran Amerika Syarikat (AS) yang sanggup membekalkan bantuan perubatan dan makanan bernilai AS$60 juta (RM186 juta).

"Kenyataan itu disuarakan Setiausaha Negara AS, John Kerry sewaktu menghadiri persidangan antarabangsa membincangkan isu Syria di Rom," katanya. - Al-Jazeera

No comments:

Post a Comment