Sunday, March 3, 2013

Penduduk Yaman gesa bekas presiden dibicara


Penduduk Yaman gesa bekas presiden dibicara
Demonstrasi besar-besaran menuntut Saleh dan pembantunya dibicarakan pernah diadakan pada September lalu.
SANAA - Puluhan ribu penduduk Yaman mengadakan protes di seluruh negara, kelmarin untuk menggesa bekas Presiden Ali Abdullah Saleh dibicarakan atas dakwaan mengarahkan pembunuhan ke atas 45 penunjuk perasaan semasa kebangkitan rakyat, dua tahun lalu.

Demonstrasi besar-besaran itu diadakan sehari selepas Saleh muncul di hadapan umum untuk kali pertama sejak 18 bulan lalu.

Ketika kemunculan itu, Saleh turut berikrar bahawa parti pimpinannya, Parti Kongres Rakyat akan bertanding dalam Pilihan Raya Presiden dan Parlimen pada tahun hadapan.

Bulan lalu, sebuah kumpulan hak asasi manusia antarabangsa mendakwa, Yaman gagal melakukan siasatan berhubung insiden keganasan yang meragut nyawa puluhan penunjuk perasaan antikerajaan pada 18 Mac 2011.

Dalam laporan kumpulan aktivis berpusat di New York itu, mereka turut mempersoalkan undang-undang yang memberi imuniti kepada Saleh dan mereka yang pernah berkhidmat di bawah pemerintahannya dari sebarang dakwaan jenayah. - AP

No comments:

Post a Comment