Sunday, March 3, 2013

Sayedee bersalah lakukan jenayah perang

Dihukum mati
Kumpulan besar pelajar tempatan dan penyokong kerajaan berhimpun menuntut hukuman mati terhadap pemimpin pembangkang itu sejak minggu lalu. Gambar kecil: Sayedee.
DHAKA - Tribunal Jenayah Bangladesh semalam, menjatuhkan hukuman mati ke atas pemimpin parti pembangkang, Jamaat-e-Islami, yang didapati bersalah melakukan jenayah perang semasa menuntut kemerdekaan daripada Pakistan pada 1971.

Delwar Hossain Sayedee, 73, berstatus Timbalan Presiden parti bersalah di bawah pertuduhan melakukan jenayah termasuk pembunuhan beramai-ramai, rogol dan merompak.

"Kami sangat gembira dengan keputusan yang sangat adil ini," kata pendakwa raya, Haider Ali.

Sementara itu, kumpulan peguam bela bertindak memboikot tribunal sejurus keputusan dibacakan.

"Saya tidak melakukan sebarang jenayah dan keputusan yang ditetapkan hakim bukan daripada pengadilan telus mereka," kata Sayedee.

Sebelum itu, ribuan rakyat berhimpun di Dataran Shahbag di ibu negara sebagai tanda sokongan terhadap tribunal sejak minggu lalu selain menggesa hukuman lebih berat terhadap penjenayah perang itu.

Awal bulan lalu, Tribunal Perang menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada timbalan setiausaha agung parti berkenaan, Abdul Quader Molla. - Al-Jazeera

No comments:

Post a Comment