Thursday, March 21, 2013

FITNAH MEMANG DARAH DAGING – RTM DIARAH BAYAR RM150K…



Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan Mohd Nasir Mustafa berjaya memenangi kes tuntutan saman fitnah ke atas Radio Televisyen Malaysia (RTM) milik kerajaan sebanyak RM150 ribu selepas Mahkamah Tinggi Kedah membuat keputusan pagi ini.

Dalam penghakiman hari ini, Pesuruhjaya Kehakiman See Mee Chun mengarahkan dua defendan Mohd Hanafiah Hanafi dan Zakri Suid dari RTM untuk membayar ganti rugi sebanyak RM50 ribu, manakala penerbit rancangan RTM “Titik Sentuhan” Hartini Haris dan ketua pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia Datuk Norhayati Ismail pula diarah membayar sejumlah RM70 ribu.

Selain itu, pihak defendan juga diarahkan membayar kos guaman RM30 ribu.

“Hari ini hakim telah membuat keputusan mengarahkan empat defendan untuk membayar sejumlah RM150 ribu kepada YB Nasir,” kata peguam Aminuddin Zulkipli apabila ditemui oleh The Malaysian Insider.

“Dua defendan diarah untuk membayar RM50 ribu, kedua-dua mereka dibahagikan RM25 ribu setiap seorang. RM70 ribu pula perlu dibayar oleh Hartini dan Norhayati… serta RM30 ribu kos guaman.”

http://tenterasemut.net/fitnah-memang-darah-daging-rtm-diarah-bayar-rm150k/
 — 

No comments:

Post a Comment