Sekatan baru di Masjid al-Aqsa
Israel melarang penduduk lelaki Palestin berumur di bawah 50 tahun daripada memasuki Masjid al-Aqsa, minggu lalu.
BAITULMAQDIS - Polis Israel dilaporkan tidak membenarkan penduduk Palestin berumur 50 ke bawah memasuki Masjid al-Aqsa untuk menunaikan solat Jumaat pada minggu lalu.

Di bawah arahan baru itu, pihak berkuasa rejim Zionis mengumumkan kononnya hanya pemegang kad identiti biru (penduduk Baitulmaqdis) diberi kebenaran masuk ke masjid yang menjadi kiblat pertama orang Islam tersebut.

Dipetik laporan Agencies, Yayasan Warisan al-Aqsa mengesahkan ahli politik Israel, Moshe Feiglin diiringi tentera rejim Zionis cuba untuk menyerbu al-Aqsa tetapi gagal.

Yayasan itu turut  menyifatkan pencerobohan tersebut sebagai usaha merealisasikan niat jahat rejim Zionis untuk membahagikan masjid terbabit.