Thursday, March 21, 2013

Pelakon kena dakwa cederakan bekas suami

Pelakon kena dakwa cederakan bekas suami
Sharifah Nadia Yusnita (kanan) hadir di Mahkamah Petaling Jaya, semalam. Sharifah Nadia dikatakan cakar tangan ahli perniagaan

Petaling Jaya: Seorang pelakon dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan mencederakan bekas suaminya, tahun lalu.

Bagaimanapun, Sharifah Nadia Yusnita Abd Hanif, 32, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di depan Majistret Mohd Hezri Shaharil.
Tertuduh yang pernah membintangi filem ‘Diari Romeo’ didakwa mencederakan ahli perniagaan, Lob Mahadir Abdul Syukur, 40.


Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Dewan Tan Sri Jefry Chia, Sekolah Kebangsaan Chee Wen, USJ 1, Subang Jaya, pada jam 10.30 pagi, 25 November 2012.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum maksimum penjara satu tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, Sharifah Nadia didakwa dengan sengaja mendatangkan cedera dengan mencakar tangan bekas suaminya. Mahkamah menetapkan 22 April ini untuk sebutan kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sapphira Selamat, manakala peguam Yusmadi Yusoff mewakili tertuduh. Peguam MK Thas bertindak sebagai peguam pemerhati mewakili Lob Mahadir.
Pasangan itu berkahwin pada 2005 dan dikurniakan tiga anak, Lob Ahmad Dani, 7, Puteri Anis Khairah, 6 dan Lob Umar Faiq, berusia empat tahun.

No comments:

Post a Comment