Tuesday, March 12, 2013

Qatar henti bantuan kewangan kepada Mesir



Doha: Qatar tidak akan menghulurkan lagi bantuan kewangan kepada Mesir dalam masa terdekat ini.

Langkah itu diumumkan oleh Menteri Kewangan, Youseff Kamal, semalam.


“Kami sudah mengumumkan bantuan sebanyak AS$5 bilion. Buat masa ini, kami memutuskan untuk tidak lagi menghulurkan bantuan selanjutnya,” kata Youseff tanpa memberi penjelasan lanjut.

Qatar menjadi sumber bantuan asing utama kepada Mesir sejak revolusi rakyat yang menumbangkan kerajaan Presiden Hosni Mubarak pada 2011.


Bantuan berkenaan diberikan menerusi pinjaman dengan kadar faedah rendah dan deposit di Bank Pusat Mesir.


Dengan rizab asing berada dalam paras kritikal serta harapan untuk mendapatkan pinjaman sebanyak AS$4.8 bilion daripada Tabung Matawang Antarabangsa |(IMF) tertangguh kerana kekacauan politik, terdapat khabar angin bahawa Kaherah akan beralih kepada Qatar untuk mendapatkan lebih banyak bantuan. - AFP

No comments:

Post a Comment