Tuesday, March 12, 2013

UMNO mebisu MCA say No to HUDUD

Satu poin pencacai yg paling selalu dimainkan utk menuduh hudud yg dibawa oleh PAS ini sebagai "bukan hudud Allah" tetapi "hudud PAS" ialah persoalan perbezaan antara enakmen hudud di kelantan dan terengganu. Ini dihighlight oleh zul "katak"noordin dalam siri ceramahnya (yg x berapa laku tu).

Bagi aku mudah je - ini menunjukkan kedangkalan si zul noordin ni dalam bab hukum hakam dan ijmak ulama. Dalam ertikata lain, mangkuk ayun.

Baik, apakah perbezaan yg dimaksudkan tu?

1) depa mendakwa bilangan fasal di dalam Enakmen Terengganu dan Kelantan adalah berlainan. Bagaimana hukum hudud boleh berbeza-beza bilangan?

Jawapan : sebab mahzab yg 4 dalam fikrah aswj ni pun x sama dalam bab bilangan kesalahan hudud. Misalnya, hanafi x iktiraf liwat sebagai kesalahan hudud tapi syafie kata liwat tu masuk dalam hudud. Kalau perbezaan bilangan kes hudud ni dikatakan menyalahi syarak, berani x depa kata para ulama mahzab yg 4 ni menyalahi syarak?

2) depa kata Enakmen Terengganu menjadikan BUGHAH sebagai kesalahan hudud, namun Enakmen Kelantan tidak menjadikan BUGHAH sebagai kesalahan. Jelas PAS mengambil dan menolak hukum ikut nafsu.

Jawapan : same thing. Ulama mahzab berkhilaf pasal bughah ni, ada ulama kata bughah x termasuk hudud sebaliknya masuk bawah takzir, manakala ada yg berpandangan bughah masuk bawah hudud.

3) depa kata Orang Bukan Islam tidak boleh dikecualikan dari hukum Hudud. Maka, "HUDUD PAS" itu tidak sah dari segi perundangan Islam.

Jawapan : pandangan di atas adalah pandangan imam malik, yakni pengasas mahzab maliki, guru kpd imam syafie. Mlah, ulma kebanggaan UMNO iaitu fathul bari sendiri menyatakan bahawa hudud "hanya utk muslim sahaja". So apakah sanggup depa kata imam malik dan "abu islam" depa tu menyalahi syarak?

4) depa kata "Hudud PAS" letak had umur minima 18 tahun. Padahal, sepatutnya had umur adalah pada akil baligh.

Jawapan : juga, ini masalah khilaf. Mahzab hanafi berpandangan had mukallaf adalah pada umur 18 tahun. Pas mengambil ketetapan ini utk mengelak keraguan. Lgpun situasi di malaysia menyaksikan biasanya budak umo 18 ni dah lepas dr tanggungan mak bapak sbb depa dah abis skolah dan ada yg dah keje.

5) zul nordin kata, Enakmen Hudud PAS tidak meletakkan "meliwat isteri" sebagai kesalahan hudud, dan terus menuduh PAS menghalalkan amalan meliwat isteri

Jawapan : aku malas nak citer banyak, cuma jom kita teliti hujah al-Imam al-Syarbini iaitu seorang tokoh Mazhab Syafie:

“Adapun menyetubuhi isterinya atau hambanya pada dubur (liwat) maka pendapat mazhab ialah wajib ditakzir sekiranya berulang. Sekiranya tidak berulang maka tidak dikenakan takzir.” (Rujuk Mughni al-Muhtaj, Juz 16, hlm. 356-357.)

Tu jawapan ulama ulung mahzab syafie beb. Sapa zul noordin banding imam al syarbini? So apakah zul noordin berani nak tuduh imam al syarbini sebagai sesat? Agak2 la.

Kesimpulan mudah :

1) semua tuduhan berkenaan hudud PAS ni adalah berdasarkan benda khilaf belaka, yg jawapan2 mengenainya dah diberikan dan dihujahkan oleh para ulama muktabar sejak zaman berzaman.

2) Allah menetapkan guideline dalam al Quran, Rasulullah ajar kepada umatnya dan para ulama selepas zaman Nabi cuba memperincikan berdasarkan dalil2 yg hasan. Namun memandangkan jarak Nabi dgn depa dah beratus tahun (dgn kita dah 1,400 tahun) so perbezaan pandangan tu x leh dielak. Bak kata imam nawawi, "khilaf itu adalah satu rahmat".

Contoh terbaik la - Rasulullah bersabda, "solatlah sepertimana kamu melihat aku bersolat." namun, ada sesiapa x yg boleh kata dgn yakinnya bahawa cara gini gini adalah confirm 100% cara Nabi bersolat? Imam mahzab pun khilaf bab solat beb. Tapi core yakni rukun tetap sama. Bezanya hanya pada perkara khilaf yg x qat'ie. Sama la mcm hudud!

3) toksah dok pertikai hudud PAS la kalau puak yg dok pertikai tu sendiri xnak laksana hudud, jenis yg aurat pun xreti nak jaga...

Dan oh ye, kpd yg bertanya soalan klasik kenapa hudud x dilaksanakan di kelantan, jawapannya mudah - hudud adalah undang2. Undang2 perlu penguatkuasaan. Pihak penguatkuasa paling ampuh adalah polis. Polis terletak bawah KDN. KDN bawah kerajaan pusat. Kalau kerajaan pusat x bagi kerjasama, nak laksana guane weh? Lain la kalau kelantan dibenarkan ada polis sendiri mcm acheh nun!
 

No comments:

Post a Comment