Tuesday, March 12, 2013

22 daripada 34 mayat pengganas dibawa ke hospital




LAHAD DATU: Dua puluh dua daripada 34 mayat pengganas dari Kampung Tanjung Batu sudah dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat, malam tadi.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, jurugambar dan media dibenarkan untuk merakam gambar semua mayat berkenaan bagi membuktikan kepada masyarakat bahawa pasukan keselamatan sudah membawa keluar mayat berkenaan.
Bagaimanapun, katanya, mayat sembilan lagi pengganas yang sudah reput terpaksa ditinggalkan di Kampung Tanduo.

No comments:

Post a Comment