Monday, April 29, 2013

Iraq gantung lesen siaran TV galak keganasan, sengketa



BAGHDAD 29 April - Kerajaan Iraq menggantung lesen 10 saluran televisyen satelit, termasuk siaran Al-Jazeera yang berpangkalan di Qatar, atas kesalahan menggalakkan unsur-unsur keganasan dan persengketaan.
Pegawai Tertinggi Suruhanjaya Komunikasi dan Media, Mujahid Abu al-Hail berkata, tindakan itu diambil selepas kesemua siaran televisyen terbabit didapati menggunakan bahasa dan intipati rancangan yang menggalakkan kedua-dua unsur berkenaan.
"Saluran televisyen tersebut perlu menghentikan siaran di Iraq dan tidak dibenarkan membuat liputan sebarang majlis di negara ini," jelasnya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130429/lu_02/Iraq-gantung-lesen-siaran-TV-galak-keganasan-sengketa#ixzz2RrdgYy3Q
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment