Monday, April 29, 2013

Serangan bom sempena pilihan raya



PESHAWAR, Pakistan 28 April - Serangan bom berlaku di pejabat seorang calon pilihan raya di barat laut Pakistan, hari ini mengakibatkan sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dan 22 yang lain cedera.
Polis berkata, kejadian itu merupakan keganasan terbaharu menjelang pilihan raya di negara ini pada bulan depan.
Bom itu meletup di luar pejabat seorang calon Bebas di bandar Kohat berhampiran kawasan Kabilah yang bergolak di sempadan Afghanistan.
Aktiviti keganasan telah mencemarkan kempen pilihan raya umum pada 11 Mei ini dengan lebih 50 orang mati dalam insiden letupan dan serangan berani mati semenjak 11 April lalu.
''Alat letupan jangka (IED) ditanam di luar pejabat. Sekurang- kurangnya lima terbunuh dan 22 orang lagi cedera,'' kata ketua polis bandar itu, Dilawar Khan Bangash kepada AFP. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130429/lu_10/Serangan-bom-sempena-pilihan-raya#ixzz2RrgnSyeo
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment