Agensi Siasatan Persekutuan (FIA) kelmarin memaklumkan semua lapangan terbang dan pusat imigresen negara itu tidak membenarkan bekas presiden terbabit meninggalkan Pakistan.
Mahkamah Tinggi Sindh melanjutkan tempoh jaminan sebelum Musharraf ditahan Jumaat lalu berhubung tiga perbicaraan ke atasnya, selama tiga minggu lagi. 



Beliau juga diminta hadir dalam perbicaraan mahkamah untuk menuntut ikat jamin kekal.

Hidup dalam buangan

Pelbagai waran dikeluarkan mahkamah ketika Musharraf hidup dalam buangan selama lebih empat tahun.
Bagaimanapun sebelum tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Karachi 24 Mac lalu, anak perempuannya mendapat jaminan mahkamah menghalang Musharraf ditahan.

Jumaat lalu, Musharraf hadir di Mahkamah Tinggi Sindh untuk menuntut lanjutan tempoh jaminan dalam tiga kes berbeza.

Mahkamah memberinya lanjutan maksimum tiga minggu, namun mengarahkan pihak berkuasa meletakkan namanya dalam senarai kawalan supaya beliau tidak meninggalkan negara itu sehingga kes ke atasnya digugurkan.

Bekas diktator itu berdepan tuduhan berhubung peranannya dalam pembunuhan bekas Perdana Menteri, Benzir Bhutto.

Benazir maut dalam satu pengeboman bunuh diri dan tembakan pada satu perhimpunan awam di Rawalpindi. - AGENSI