Monday, April 1, 2013

Tentera laut Mesir tahan tiga suspek sabotaj kabel Internet



KAHERAH 29 Mac - Tentera Mesir menahan tiga penyelam yang dipercayai melakukan perbuatan sabotaj dengan memotong kabel Internet di dasar laut di Iskandariah, semalam.
Penahanan kesemua suspek itu dibuat berdasarkan laporan syarikat telekomunikasi Telecom Mesir tentang berlakunya pemotongan talian Internet di bawah laut, SMW-4 ke negara ini.
Pihak tentera laut Mesir dalam kenyataannya berkata, ketiga-tiga suspek tersebut yang tidak didedahkan identiti mereka, dikesan menaiki bot kecil dan cuba melarikan diri ke pantai, namun berjaya ditangkap selepas dikejar oleh anggota tentera.
Kenyataan itu menjelaskan, tiga tangki oksigen turut ditemukan dalam bot berkenaan, namun pakaian selam kesemua suspek dipercayai telah dibuang ke dalam laut. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130329/lu_01/Tentera-laut-Mesir-tahan-tiga-suspek-sabotaj-kabel-Internet#ixzz2P8OA3uXB
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment