Tuesday, May 7, 2013

27 maut protes di Bangladesh


7 Mei 2013

DHAKA - Sekurang-kurangnya 27 orang maut manakal berpuluh-puluh yang lain cedera apabila polis dan penunjuk perasaan bertempur.

Polis turut menggunakan bom dan peluru getah bagi menyuraikan keadaan yang dianjurkan oleh Hefazat-e Islam.

Pertempuran juga dilaporkan berlaku sepanjang kelmarin dan semalam di seluruh bandar.

Sementara itu, berpuluh-puluh ribu umat Islam berkumpul meminta supaya dasar Islam diaplikasikan dengan lebih kukuh.

Dalam rusuhan itu, perusuh turut membakar kedai-kedai dan kenderaan.

Antara yang maut dalam rusuhan termasuk dua pegawai polis.

Menurut polis, mereka telah mengeluarkan arahan larangan terhadap sebarang perhimpunan dan bantahan sehingga tengah malam hari semalam bagi mengelakkan berulangnya kejadian pertempuran.

Beribu-ribu aktivis dilaporkan melarikan diri selepas polis bergerak untuk mengawal kawasan rusuhan.

No comments:

Post a Comment