Konvoi PM Mesir diserang
Hisham Kandil
KAHERAH - Lima lelaki bersenjata di dalam sebuah lori pikap didakwa melepaskan tembakan ke arah konvoi Perdana Menteri, Hisham Kandil tanpa menyedari beliau turut berada dalam salah sebuah kereta tersebut.

Menurut polis, konvoi disertai tiga kereta itu sedang melalui jambatan di Kaherah, lewat kelmarin.

Susulan daripada insiden tersebut, pihak berkuasa telah menahan kesemua lelaki itu yang dipercayai sedang dalam perjalanan pulang selepas terlibat dalam satu pergaduhan di lokasi lain.

Menurut laporan AP, Kandil turut disahkan selamat dalam kejadian yang didakwa tidak bermotifkan politik tersebut.