KUALA LUMPUR – Bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abd. Halim yang digantung pengajian setelah didakwa melanggar peraturan universiti itu, ditahan polis di kawasan Bangsar di sini semalam.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, penahanan tersebut adalah bersabit satu siasatan di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.
“Adam Adli ditahan pada pukul 3.15 petang hari ini (semalam) dan dia kini ditempatkan di lokap Balai Polis Jinjang untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan ringkas kepada Kosmo! Ahad di sini semalam.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0519&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2TgWxSFJQ
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment