Sunday, May 19, 2013

Anwar: BN hanya mampu haramkan himpunan, rakyat tetap bersuara.



Kerajaan BN hanya mampu mengharamkan perhimpunan, namun mereka sama sekali takkan boleh mengharamkan suara rakyat yang menolak kezaliman dan penipuan, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kerajaan BN boleh haramkan himpunan. Tetapi mereka sama sekali tidak boleh mengharamkan suara rakyat, yang menolak kezaliman dan penipuan.
“Kajian ‘The Edge’ juga menipu. Mereka menipu dalam kajian yang menyatakan rakyat mahukan saya berundur.
“Tsunami rakyat Malaysia membuktikan mereka menentang keputusan pilihan raya yang tidak adil bagi mengekalkan kerajaan yang memerintah,” kata Anwar di hadapan lebih 50,000 hadirin yang membanjiri Padang Kota Lama, malam tadi.
“Saya akan tetap bersama rakyat untuk menentang BN yang menipu bagi mengekalkan kuasa mereka,” tegas Anwar lagi dengan tepukan gemuruh dan kibaran bendera.
Dalam pada itu kata Anwar, mustahil untuk Pakatan Rakyat menerima keputusan pilihan raya umum apabila hampir 30 kerusi meragukan dengan keadaan BN kekal di Putrajaya walaupun hanya mendapatkan 48 peratus undi popular.
“Rakyat inginkan pilihan raya yang bersih dan adil. Kita menang dalam pilihan raya umum yang lalu. Saya tidak akan berundur,” tegas Anwar.
Tambahnya, jika terdapat mana-mana kerusi yang Umno atau BN telah menang dan tidak ada bukti penipuan, Pakatan Rakyat akan menerima keputusannya.
“Tetapi jika terdapat 30 kerusi yang kita kalah, kita ada bukti penipuan pilihan raya. Kita akan cabar keputusan ini,” tegas Anwar disambut sorakan hadirin.

No comments:

Post a Comment