Kuala Lumpur: Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abd Halim ditahan mengikut Seksyen 4 (1) (C) Akta Hasutan 1948, semalam.

Adam, 24, yang juga aktivis pelajar ditahan sepasukan polis jam 3.15 petang di Bangsar Utama di sini.
Dia ditahan berikutan kenyataan berbaur hasutan yang dibuatnya pada Forum 13 Mei Hari Bangsa Malaysia anjuran Suara Anak Muda Malaysia (SAMM) di Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) di sini, pada 13 Mei lalu.


Mahu anjur protes jalanan

Pada forum itu, Adam dikatakan menyertai beberapa badan bukan kerajaan (NGO) memanggil satu perhimpunan jalanan besar-besaran untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap proses pilihan raya umum, 5 Mei lalu.

Mengikut Seksyen 4 (1) (C) Akta Hasutan 1948, mana-mana orang yang didapati bersalah menghasut atau menyebut apa-apa perkataan menghasut boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.