Thursday, May 16, 2013

Kaitan Namrud dengan Illuminati ( Bahg. 2 )

Subhanallah, penyebutan sedikit kisah Namrud di dalam AlQuran rupa-rupanya ada kaitan hingga ke zaman moden ini. Selain dari kisah yang berkaitan dengan perjuangan Nabi Ibrahim a.s, juga berkaitan dengan keinginan Namrud ingin menguasai dunia yang kini agendanya itu diteruskan oleh cucu-cicit keturunannya yang sekarang ini berselindung di sebalik nama Illuminati.

Nama 'Nimrod' dalam bahasa Hebrew (Ibrani) berasal dari kata "Marad" yang bererti "membangkang atau murtad" . Dan adalah bahasa Ibrani serumpun dengan bahasa Arab. Contoh kata "Marad" di dalam bahasa Arab ialah "Ridda" yang bermaksud "murtad".

Ketahuilah bahawa manusia pertama di muka bumi ini yang murtad dan musyrik dan kemudian mengaku sebagai tuhan ialah Namrud. Kerajaan pertama yang tertubuh di muka bumi ini ialah kerajaan Namrud (2275-1943 SM) di Babylon (Iraq). Menurut suatu pendapat, Namrud memegang kuasa pemerintahannya selama 400 tahun. Dia manusia pertama memerintahkan agar membuat binaan-binaan besar. Dia telah membina kota Babylon yang amat mahsyur itu, menara Babylon, kota Nineweh dan kota-kota lainnya. Dan keinginan Namrud ingin menguasai dunia di bawah satu pemerintahannya itulah yang kini disebut sebagai New World Order.

Dari catatan-catatan kuno, jumlah kejahatan dan kezalimannya nya amat banyak, di antaranya, dia mengahwini ibu kandungnya sendiri yang bernama Semiramis. Setelah Namrud meninggal dunia, ibu yang merangkap sebagai isteri tersebut menyebarkan ajaran bahawa Roh Namrud tetap hidup selamanya, walaupun jasadnya telah mati. Dia membuktikan ajarannya dengan adanya pohon Evergreen yang tumbuh dari sebatang kayu yang mati, yang ditafsirkan oleh Semiramis sebagai bukti kehidupan baru bagi Nimrod yang sudah mati. Untuk mengenang hari kelahirannya, Namrud selalu hadir di pohon Evergreen ini dan meninggalkan bingkisan yang digantungkan di ranting-ranting pohon itu. 25 Disember itulah hari kelahiran Namrud. Dan inilah asal usul pohon Natal yang dirayakan oleh orang-orang Kristian pada Hari Raya Natal / Krismas.

Walaupun dikatakan bahawa Semiramis ialah seorang perawan ketika melahirkan Namrud, dia juga kemudiannya melahirkan seorang lagi anak selepas Namrud mati. Anak itu bernama Tammuz dan dia mengatakan anak itu adalah jelmaan semula Namrud. Tammuz diberi gelaran 'Orion' yang bermaksud 'benih seorang wanita'. Semiramis mula dikenali sebagai 'Ibu perawan', 'Ibu suci' dan 'Dewi dari syurga'. Dan bermulalah penyembahan terhadap Semiramis dan anak tuhan.

Melalui pengaruh dan pemujaannya kepada Namrud, Semiramis dianggap sebagai 'Ratu Langit' oleh rakyat Babylon. Dengan berbagai julukan, akhirnya Namrud dipuja sebagai 'Anak Suci dari Syurga'. Melalui perjalanan sejarah dan pergantian generasi dari masa ke masa, dari satu bangsa ke bangsa lainnya, penyembahan berhala versi Babylon ini berubah menjadi Messiah Palsu yang berupa dewa Baal, anak dewa Matahari.

Agama itu berpindah ke Mesir selepas kejatuhan kerajaan Babylon. Di sana mereka menyembah Isis dan anaknya Osiris (dikenali juga sebagai Horus). Dewa-dewi itu mempunyai nama dan asal yang sama. Nama Osiris sama makna dengan Orion iaitu 'benih seorang wanita'.

Kemudiannya , ajaran penyembahan berhala ibu dan anak itu tersebar ke serata tempat lain pula. Di Asia bernama Cybele dan Deoius. Dalam agama Pagan Roma disebut Fortuna dan Jupiter. Bahkan di Yunani, China, Jepun, Tibet boleh ditemui adat pemujaan terhadap dewi Madonna.

Di bawah ini merupakan gambar beberapa Goddess / Dewi kuno dan di antaranya ialah Semiramis iaitu ibu kepada Raja Namrud. Watak-watak ini telah disadur semuanya dari kisah Semiramis dengan Namrud;

Dan lihat pula persamaan antara Semiramis dengan Statue of Liberty di Amerika Syarikat. Dan ketahuilah bahawa Statue of Liberty itu dihadiahkan oleh Freemason Peranchis kepada Amerika Syarikat sewaktu perisytiharan kemerdekaan negara Amerika Syarikat sebagai tanda persahabatan kedua negara tersebut.


Statue of Liberty

Patung Statue of Liberty itu merupakan lambang kepada Semiramis yang membawa obor cahaya, yang kononnya obor cahaya itu ialah roh anaknya Namrud yang sentiasa berada di dunia ini. Statue of Liberty bukan sahaja ada di Amerika Syarikat, tetapi juga di Perancis, Austria, Germany, Italy, Japan, China, Brazil and Vietnam. Dan simbol seperti Statue of Liberty ada dalam logo Columbia Pictures yang mana ianya adalah sebahagian dari Columbia TriStar Motion Picture Group, yang dimiliki oleh Sony Pictures Entertainment.
 

No comments:

Post a Comment