16 Mei 2013
TAIPEI - Taiwan bertekad akan mengenakan lebih banyak sekatan ke atas Filipina walaupun Presiden negara itu telah mengemukakan permohonan maaf berikutan seorang nelayan Filipina maut semasa berada di perairan Taiwan.
Perdana Menteri Taiwan, Jiang Yi- Huah berkata, permohonan maaf daripada Presiden Filipina, Benigno Aquino tidak akan diterima.
Kerajaan Taiwan turut mengeluarkan amaran terhadap Filipina dan mengumumkan rancangan mereka untuk menjalani latihan ketenteraan di Laut China Selatan.
Terdahulu, Taiwan turut membekukan pengambilan pekerja luar dari Filipina.
Perohonan maaf daripada diplomat terkemuka di Filipina turut ditolak dan negara itu menuntut supaya Manila membuat permohonan maaf secara rasmi.
Nelayan yang terbunuh dikenali sebagai Nung Shih-cheng telah ditembak oleh pengawal pantai Filipa minggu lalu di perairan yang kedua-dua negara itu membuat tuntutan.
Jiang turut bertekad akan menyiasat perkara itu dan mahu hukuman setimpal diberi kepada pihak yang bertanggungjawab ke atas insiden itu.
No comments:
Post a Comment