Monday, May 27, 2013

Kempen jangan bayar bil elektrik di Mesir



Kaherah: Kerana sering berdepan dengan bekalan elektrik yang terputus, satu kempen besar-besaran dilancarkan di Mesir, mendesak pengguna supaya tidak membayar bil elektrik mereka.

Kempen berkenaan diadakan menerusi laman Facebook dengan gambar yang dimuatnaikkan menunjukkan penduduk meletakkan nota pada pintu mereka berbunyi: “Pemungut bil elektrik yang dihormati. Sila hormati diri anda dan jangan mengetuk pintu ini. Sila ambil wang bekalan elektrik yang kami tidak gunakan daripada mereka yang memutuskan bekalan tenaga elektrik.”

Pengendali kumpulan itu, Hassan Nassar memberitahu wartawan, ia adalah ‘cara aman’ untuk membantah Kementerian Bekalan Tenaga.

“Kami tidak menerima perkhidmatan mereka. Mengapa perlu kami membayar,” katanya ketika ditemui.


Bekalan elektrik terputus antara tiga hingga lima jam setiap hari di beberapa daerah di Kaherah.


Kempen itu mendapat sambutan, khususnya di daerah El Marg, timur laut Kaherah. - Agensi

No comments:

Post a Comment