Sami Buddha mati akibat bakar diri
Berpuluh-puluh orang membantah selepas pihak berkuasa menolak pengebumian terhormat untuk sami
SRI LANKA - Seorang sami Buddha rela menjadikan dirinya sebagai korban kerana membantah penyembelihan lembu dan penukaran agama Buddha kepada agama minoriti di negara ini.

Bowatte Indarathana meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah di seluruh badannya.

Dia membakar dirinya sendiri pada hari Sabtu lalu di luar kuil Gigi di tengah bandar Kandy.

Kerajaan turut mengutuk tindakan media yang memaparkan video yang menunjukkan keadaan sami yang sedang terbakar itu kepada masyarakat umum.

Dilaporkan, ramai Sami Buddha di negara itu yang mengorbankan diri dengan kaedah sama tetapi kebanyakan di atas sebab politik.