Monday, May 27, 2013

Polis bertempur dengan penunjuk perasaan


Anggota Blok Hitam bertempur dengan pasukan polis anti-rusuhan di hadapan bangunan Parlimen di tengah bandar Berne, ibu negara Switzerland, kelmarin. - AFP
BERNE, Switzerland 26 Mei - Polis bertindak melepaskan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan yang mengadakan demonstrasi bermotifkan politik di bandar Berne di sini, semalam.
Polis anti-rusuhan bertempur dengan penunjuk perasaan yang kebanyakan mereka memakai topeng 'Blok Hitam' setelah mereka bertindak memecahkan penghadang yang didirikan polis untuk melindungi kawasan Parlimen di Alpine.
Polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan yang bertindak ganas di Bundesplatz dan dataran Parlimen.
Penunjuk perasaan itu mewakili kumpulan minoriti yang dianjurkan oleh sebuah kumpulan yang menyebarkan hasutan menerusi laman sosial Facebook.
Ia merupakan tunjuk perasaan masuk tahun ketiga, walaupun penganjur tidak mendapat permit daripada pihak berkuasa.
Penganjur menggunakan laman sosial Facebook, sehari sebelum tunjuk perasaan itu berlangsung bagi menghasut orang ramai menyertai perhimpunan itu.
Tahun lalu, tunjuk perasaan tersebut berjaya mengumpulkan kira-kira 20,000 orang untuk menyertai tunjuk perasaan di bandar Berne.
Mereka bertindak menyembur cat pada bangunan Parlimen dan tahun ini pihak berkuasa bertindak tegas apabila menempatkan anggota polis di tempat-tempat strategik di seluruh daerah Old Town. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130527/lu_09/Polis-bertempur-dengan-penunjuk-perasaan#ixzz2US54aWkZ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment