Tuesday, June 18, 2013

Britain intip wakil G20


London: Dokumen yang didedahkan bekas pengintip Amerika Syarikat Edward Snowden menunjukkan Britain mengintip perwakilan asing ke mesyuarat London G20 pada 2009.

Antara pegawai yang menjadi sasaran ialah daripada sekutu Natonya, Turki dan rakan negara Komanwel, Afrika Selatan, lapor akhbar The Guardian.


“Britain menggunakan keupayaan perisikan canggih untuk mengawasi komunikasi antara pegawai di dua mesyuarat pada April dan September 2009,” kata akhbar itu.

Pendedahan berkenaan pasti memalukan Britain yang menjadi tuan rumah sidang kemuncak G8 di Ireland Utara bermula semalam, perhimpunan terbesar pemimpin antarabangsa sejak G20 empat tahun lalu.


Perdana Menteri David Cameron enggan mengulas laporan berkenaan.


Ketika ditanya sama ada beliau boleh menjamin tetamunya bahawa tidak ada operasi yang serupa akan dilakukan ketika mereka berkumpul di resort Lough Erne, Cameron berkata: “Kami tidak mengulas mengenai isu keselamatan atau pengintipan dan saya tidak akan memulakannya.”

No comments:

Post a Comment