Tuesday, June 18, 2013

Turki mungkin panggil tentera untuk redakan ketegangan

PASUKAN polis menembak gas pemedih mata ke arah sekumpulan penunjuk perasaan untuk menyuraikan mereka berhampiran Dataran Taksim, Istanbul, Turki kelmarin.- AP


ISTANBUL - Pemerintah Turki semalam memberi amaran akan mendapatkan khidmat pasukan tentera untuk membantu melegakan protes antikerajaan yang berlaku di seluruh negara.
Pengumuman itu hadir ketika pertempuran tercetus di antara polis antirusuhan dan penunjuk perasaan pada hujung minggu lalu, sekali gus membuatkan keadaan menjadi bertambah tegang.
Kehadiran pasukan tentera di jalanan akan membuktikan bahawa krisis semakin memuncak yang kini sudah memasuki minggu ketiga. Ia nyata menjadi cabaran terbesar kepada pentadbiran pimpinan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan.
"Polis akan menggunakan semua kuasa mereka untuk menamatkan ketegangan. Sekiranya tindakan ini tidak cukup, pasukan tentera bersenjata boleh dikerahkan ke bandar ini," tegas Timbalan Perdana Menteri Turki, Bulent Arinc.
Dua kesatuan perdagangan utama Turki, KESK dan DISK memulakan tunjuk perasaan di seluruh negara sebagai bantahan terhadap tindakan polis menyuraikan penunjuk perasaan di Taman Gezi.
KESK dan DISK yang mempunyai ahli mencecah ratusan ribu orang merancang untuk mengadakan demonstrasi supaya keganasan polis ke atas orang awam dihentikan serta-merta.
Pasukan tentera Turki yang berkuasa dan telah melakukan empat kali rampasan kuasa dalam tempoh 50 tahun masih mendiamkan diri sehingga sekarang. Inilah kali pertama dalam sejarah moden Turki pasukan tentera tidak campur tangan dalam krisis politik negara berkenaan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0618&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz2WWLUhJNq 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment