Wednesday, June 12, 2013

Keahlian Parlimen terlucut secara automatik


Kuala Lumpur: “Ahli Parlimen pembangkang yang memboikot acara mengangkat sumpah pada hari pertama persidangan Dewan Rakyat dianggap sengaja mempersenda dan menghina Parlimen, undang-undang dan Yang di-Pertuan Agong,” tegas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Tegas beliau lagi, hanya wakil rakyat disahkan mempunyai masalah kesihatan atau sebab lain yang tidak dapat dielakkan dibenarkan mengangkat sumpah pada hari lain dalam tempoh enam bulan mulai hari pertama persidangan iaitu pada 24 Jun.


“Jika tidak, keahlian mereka dalam Parlimen terlucut secara automatik menurut Perlembagaan Artikel 59 selepas enam bulan dan jika berlaku ia adalah titik peristiwa paling buruk berlaku dalam sejarah demokrasi negara selama lebih 50 tahun,” katanya selepas merasmikan sesi taklimat kepada Ahli Parlimen di Bangunan Parlimen, semalam.

Beliau mengulas hasrat pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mahu memboikot Sidang Parlimen sebagai memprotes keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu.

No comments:

Post a Comment