Wednesday, June 12, 2013

Ribuan pelarian Yaman pulang

Ribuan pelarian Yaman pulang
Sebahagian daripada pelarian kembali ke wilayah selatan Abyan.
NEW YORK - Agensi Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan, ribuan rakyat Yaman kembali ke kediaman masing-masing selepas terpaksa melarikan diri dari wilayah selatan Abyan sejak beberapa tahun lalu.

Jurucakap Setiausaha Agung PBB, Martin Nesirky berkata pada Global Times, keganasan semakin berkurangan dan dengan adanya perkhidmatan asas ianya telah menggalakkan mereka untuk kembali ke wilayah itu.
“Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) melaporkan, lebih 90 peratus daripada pelarian sudah pulang. Tetapi mereka memerlukan tempat tinggal dan peralatan pertanian untuk memulakan kehidupan baru,” katanya.

Sejak beberapa tahun lalu, Yaman menghadapi pelbagai konflik antaranya krisis senjata dalaman, kebangkitan pemisah dan kegiatan militan yang aktif di seluruh negara.

Lebih 200,000 orang terpaksa melarikan diri apabila militan merampas kuasa di wilayah hingga memaksa tentera kerajaan melancarkan serang-balas di antara tahun 2011 dan 2012. 

No comments:

Post a Comment