Polis dikerah surai penunjuk perasaan
Sekumpulan anggota polis anti rusuhan terpaksa menyelamatkan diri selepas dibaling dengan mercun dalam pertempuran di Dataran Taksim, Istanbul, semalam.
ISTANBUL - Beratus anggota polis anti rusuhan terpaksa mengambil langkah akhir bertempur dengan penyerang penunjuk perasaan selepas rusuhan semakin tidak terkawal di Dataran Taksim di Istanbul, Turki, semalam pada laporan AP.

Polis nekad melepaskan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang mula mengganas selepas protes anti-kerajaan memasuki hari ke-12.

Media tempatan melaporkan, pasukan polis merempuh pengadang yang dibuat oleh penunjuk perasaan di tepi jalan sekitar bandar itu termasuk merobohkan khemah yang didirikan penunjuk perasaan berhampiran Taman Gezi.

Dalam rempuhan itu, penunjuk perasaan bertindak balas dengan membaling batu dan bunga api ke arah polis.

Tindakan keras polis itu dilakukan beberapa jam selepas  Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan berhasrat untuk mengadakan perbincangan dengan ketua kumpulan anti kerajaan pada hari ini.

Protes anti kerajaan di Turki tercetus sejak 31 Mei lalu apabila kerajaan merancang merobohkan Taman Gezi bagi projek pembangunan moden di negara itu.

Namun, rancangan itu di bantah penduduk apabila menyifatkan lokasi tersebut sebagai destinasi pelancongan dan identiti bagi Istanbul.