Tuesday, July 2, 2013

Gempa bumi sekuat 6.1 landa Aceh, 50 cedera

LAMPAHAN, Indonesia 2 Julai - Kira-kira 50 orang cedera selepas gempa bumi sekuat 6.1 pada skala Richter melanda wilayah Aceh hari ini.
Seorang doktor di klinik kesihatan di bandar Lampahan, Ema Suryani berkata, pihaknya menerima 50 orang yang mengalami kecederaan akibat rumah mereka runtuh ekoran gempa bumi tersebut.
"Antara kecederaan yang mereka alami adalah luka dan patah tulang," katanya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130702/lu_15/Gempa-bumi-sekuat-61-landa-Aceh-50-cedera#ixzz2Y5OmMpGa
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment