Tuesday, July 2, 2013

Mursi makin tertekan

Mursi makin tertekanJutaan penduduk Mesir berhimpun di Dataran Tahrir menuntut Mursi disingkirkan, kelmarin. - Foto: AFP
KAHERAH - MESIR. Jutaan penduduk Mesir mengadakan protes di seluruh negara, kelmarin menuntut Presiden Mohammed Mursi disingkirkan ketika ulang tahun pertama pelantikan pemimpin itu yang dipilih melalui proses demokrasi tahun lalu.

Menurut laporan Reuters, demonstrasi antikerajaan itu diadakan sebagai membantah kegagalan Mursi dalam menangani krisis ekonomi selain tidak mengotakan janjinya ketika kempen Pilihan Raya Presiden.

Penganjur protes itu turut memaklumkan, lebih 22 juta penduduk menandatangani petisyen menuntut Presiden itu meletak jawatan dan menggesa pilihan raya lebih awal menerusi kempen Tamarod yang dilancarkan Mei lalu.

Dalam insiden berasingan, gerakan pembangkang menetapkan hari ini sebagai tarikh akhir untuk Mursi meletak jawatan bagi membolehkan pilihan raya presiden lebih awal diadakan.

Susulan daripada itu, sekurang-kurangnya tujuh terkorban manakala lebih 600 cedera dalam pertempuran antara penyokong dan penunjuk perasaan 'anti-Mursi'.

Sementara itu, pegawai kanan kerajaan berkata, empat menteri Kabinet meletakkan jawatan semalam.

Mereka adalah menteri pelancongan, alam sekitar, komunikasi dan Kehakiman.

Surat peletakan jawatan itu diserahkan kepada Perdana Menteri  Hisham Qandil, semalam. 

No comments:

Post a Comment