Tuesday, July 2, 2013

Mursi diberi tempoh 48 jam tunai tuntutan rakyat

KAHERAH 2 Julai - Tentera Mesir semalam memberi tempoh selama 48 jam kepada Presiden Mohammed Mursi untuk menunaikan tuntutan rakyat.
Tentera dalam satu kenyataan berkata, mereka akan campur tangan jika Mursi gagal melakukannya selepas berjuta-juta rakyat Mesir mengadakan tunjuk perasaan menuntut beliau meletakkan jawatan.
"Jika tuntutan rakyat tidak ditunaikan dalam tempoh itu, tentera akan bertindak dan mengumumkan tindakan serta langkah seterusnya untuk memantau pelaksanaannya," menurut kenyataan tentera yang dibacakan di televisyen kerajaan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130702/lu_13/Mursi-diberi-tempoh-48-jam-tunai-tuntutan-rakyat#ixzz2Y5P2NuYD
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment