Sunday, December 22, 2013

Keganasan di Bangui, 30 maut


Tiga anggota Pasukan pengaman Kesatuan Afrika mengawal keamanan di kawasan perumahan di Bangui, Republik Afrika tengah, semalam. - REUTERS
BANGUI, Republik Afrika Tengah 21 Dis. - Sebanyak 30 orang termasuk seorang anggota pengaman dari Chad terbunuh dalam kejadian keganasan agama, di sini semalam.
Pasukan Palang Merah Republik Afrika Tengah mengumpulkan 29 mayat mangsa keganasan itu di jalan raya di Bangui, selepas berlakunya pertempuran besar yang berlarutan sehingga awal pagi semalam.
''Kebanyakan mangsa mati akibat ditembak atau pun ditetak dengan parang. Jumlah mereka yang terkorban mungkin meningkat,'' kata seorang anggota Palang Merah.
Seorang doktor berkata, kira-kira 40 orang dibawa ke hospital komuniti semalam, dengan kebanyakan daripada mereka mengalami kecederaan akibat ditembak dan tiga orang meninggal dunia selepas mengalami kecederaan serius.
Pejabat Presiden dalam satu kenyataan berkata, seorang anggota pengaman dari Chad turut terkorban dalam serangan bom granit daripada militan Kristian ketika dia sedang melakukan rondaan di sini.
''Beberapa orang pengaman dari Chad turut mengalami kecederaan akibat serangan itu. Keselamatan pasukan pengaman berada dalam bahaya setelah beberapa kawasan menjadi 'tebusan' militan Kristian,'' kata Pejabat Presiden.
Republik Afrika Tengah menjadi huru-hara setelah kumpulan pemberontak Muslim Seleka menggulingkan Presiden Francois Bozize pada Mac lalu.
Ketua pemberontak Michel Djotodia dilantik menjadi pemimpin Islam pertama dalam negara yang majoriti penduduknya beragama Kristian itu dan membubarkan kumpulan Seleka, sehingga menyebabkan kebanyakan pemberontak bertindak ganas dengan melakukan kekacauan.
Berbulan-bulan berlaku kes pembunuhan kejam beramai-ramai, rogol dan rompakan sehingga mengakibatkan penduduk tempatan bertindak membentuk kumpulan vigilante Kristian sebagai tindak balas kepada kekejaman
Hampir 1,000 orang terkorban di Bangui sejak awal bulan ini, apabila pemberontak bertindak ganas membalas dendam terhadap tindakan kumpulan militan Kristian. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131222/lu_02/Keganasan-di-Bangui-30-maut#ixzz2oBEtrWsd
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment