Saturday, May 24, 2014

Tentera tahan Yingluck Shinawatra


BANGKOK 23 Mei - Tentera Thailand menahan bekas Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra dan beberapa orang anggota keluarganya selepas memanggil beliau dan menteri-menteri lain untuk mengadakan perbincangan di sini hari ini, sehari selepas tentera melancarkan rampasan kuasa daripada kerajaan sementara, semalam.
"Kami (tentera) telah menahan Yingluck, saudara perempuannya dan ipar lelakinya," kata seorang pegawai kanan tentera kepada Reuters.
Kedua-dua anggota keluarga Yingluck itu memegang jawatan kanan dalam politik.
"Kami akan melakukan yang terbaik dalam tempoh tidak lebih daripada seminggu, tempoh itupun sudah dianggap agak lama. Kami perlu menyelesaikan segala masalah di dalam negara terlebih dahulu," kata pegawai itu, yang enggan menyatakan di mana Yingluck ditahan. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140524/lu_02/Tentera-tahan-Yingluck-Shinawatra#ixzz32a6mjCzY
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment