Monday, July 21, 2014

Kereta api bawa mayat mangsa MH17 ditahan


TOREZ, Ukraine 21 Julai- Kereta api yang membawa 200 mayat mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 disyaki ditahan oleh kumpulan pemisah pro-Rusia di sini, menurut kenyataan kerajaan Ukraine hari ini.
Kereta api berkenaan disekat daripada meneruskan perjalanan walaupun Presiden Rusia, Vladimir Putin memberi jaminan keselamatan dan pelindungan kepada pemerhati dan pasukan yang ditugaskan di lokasi kemalangan pesawat MAS itu.
Destinasi terakhir kereta api berkenaan masih belum dikenal pasti, menurut laman web, ibtimes.co.uk.
Dalam pada itu, pertempuran dilaporkan berlaku di kawasan sekitar Torez yang memaklumkan, empat kereta kebal kerajaan dan dua kereta kebal kumpulan pemisah sedang menghala ke stesen kereta api.
Pasukan penyelamat telah menemui 251 mayat mangsa di sekitar lokasi tragedi yang terletak berhampiran sempadan Ukraine dan Rusia.-UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140721/dn_46/Kereta-api-bawa-mayat-mangsa-MH17-ditahan#ixzz386ftOGzJ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment