• Vladimir Putin

AMSTERDAM - BELANDA. Presiden Rusia, Vladimir Putin berjanji kepada Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte bahawa beliau akan membantu mendapatkan semula mayat dan kotak hitam dari lokasi nahas MH17 yang dikawal pemberontak, lapor AFP.

Sehingga semalam, lebih 196 mayat dikeluarkan dari lokasi nahas, sebelum ditempatkan dalam gerabak dingin beku sebuah keretapi yang disediakan Kerajaan Ukraine.

Bagaimananapun, keretapi itu dilaporkan bergerak ke lokasi tidak dinyatakan, namun dipercayai berada di Torez berhampiran lokasi nahas di Grabovo yang dikuasai pemberontak.

Putin membuat janji dengan Rutte dalam satu perbualan kali ketiga sejak kemalangan MH17, Khamis lalu.

“Selain membolehkan akses yang tidak terhad kepada lokasi kemalangan, perbualan memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang praktikal antaranya tentang kereta api yang membawa mayat dan penyerahan kotak hitam.

“Putin janjikan kerjasama penuh untuk kedua-dua perkara itu,” kata salah seorang jurucakap media kerajaan.