Monday, July 14, 2014

Waspada pihak kutip derma bantu rakyat Palestin


MUSLIHAH MOHD AMIR | .
KUALA LUMPUR: Masyarakat Malaysia dinasihatkan agar berhati-hati ketika memberi sumbangan kepada tabung membantu rakyat Palestin, kata pensyarah Fakuliti Tamadun Islam Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Dr Kamaruzaman Yusoff.

Ini, katanya kerana kemungkinan terdapat individu yang mengambil kesempatan dengan kemurahan hati rakyat negara ini mengutip derma yang mendakwa membantu rakyat Palestin tetapi untuk kepentingan peribadi.

“Masyarakat seharusnya berhati-hati terutama wakil-wakil yang mendakwa daripada pihak Palestin tetapi tidak melalui mana-mana NGO di Malaysia.

“Kita perlu membuat report kepada pihak keselamatan jika terdapat individu yang tidak betanggung jawab seumpama ini,” katanya kepada Harakahdaily.

Beliau menambah, alternatif yang perlu diambil oleh mana-mana individu yang ingin menderma untuk membantu mangsa  serangan kejami rejim zionis di Gaza agar menyumbang terus kepada NGO yang terlibat dalam isu berkenaan seperti Muslim Care, Yayasan Amal, Cakna Palestin dan sebagainya.

“Sekarang ini rata-rata ingin mendapatkan kutipan derma bagi pihak Palestin, seharusnya kita memberi derma terus kepada NGO yang terlibat dalam isu berkenaan," ujarnya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar mendapatkan maklumat dan perkembangan yang berlaku di Gaza dari sumber yang berautoriti seperti media atau NGO yang terlibat dalam isu Palestin. -HARAKAHDAILY 14/7/2014

Penulis ialah pelajar KUIZM yang sedang menjalani latihan amali di Harakahdaily.

No comments:

Post a Comment