Thursday, August 7, 2014

Adab media (kewartawanan) menurut Syarak


qardawi_1Apabila kita berbicara tentang adab kewartawanan (media) pada sudut syarak kita perlu memecahkannya kepada beberapa bahagian iaitu:
  1. Orang atau badan yang menyampaikan berita.
  2. Orang yang menerima berita.
  3. Berita yang disampaikan
Orang atau badan yang menyampaikan sesuatu berita mestilah seorang yang mempunyai ciri-ciri seperti dikenali sebagai thiqoh (dipercayai), berpengatahuan, amanah serta dikenali sebagai seorang yang mampu menyampaikan berita tersebut bermaksud ia adalah berautoriti. Atas sebab besarnya tanggungjawab seorang penyampai atau wartawan berita maka sesebuah badan media sepatutnya memilih dengan berhati-hati dan teliti dalam menentukan siapakah yang akan menjadi sumber atau menyampaikan sesuatu berita kepada masyarakat. Sikap sebahagian badan media yang sekadar memilih wartawan berdasarkan luaran seperti kecantikan tanpa dilihat ciri-ciri yang lbih utama adalah suatu yang bertentangan dengan syarak. Secara mudah, boleh kita simpulkan bahawa syarat mereka yang bekerja dalam medan ini sama dengan medan pekerjaan lain seperti yang digariskan oleh Islam:
إِنَّ خَيۡرَ مَنِ ٱسۡتَـٔۡجَرۡتَ ٱلۡقَوِىُّ ٱلۡأَمِينُ
Sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah (Surah Al Qasas: 26)
Adapun mengenai orang yang menerima sesuatu berita atau disebut sebagai pembaca berita mestilah seorang yang sedar sehingga boleh membezakan mana yang mempunyai maslahat untuknya dan yang mana tidak. Dia juga hendaklah mempunyai kehendak pemerhatian peribadi iaitu tidak sekadar bergantung pada sumber berita media. Dalam sudut ini juga, kerajaan perlu berperanan dalam menapis serta menyemak bagi memastikan setiap berita atau media yang dibawa kepada masyarakat akan memberikan manfaat dan kebaikan kepada masyarakat umum. Jika pemantauan ini tidak berjalan maka media berkemungkinan akan berperanan dalam merosakkan masyarakat. Turut sama berperanan dalam memantau media adalah ibubapa bagi sesebuah keluarga dalam memastikan apa yang sampai kepada anak-anak mereka adalah segala perkara yang mempunyai masalahat. Mengenai berita yang ingin disampaikan, berita tersebut hendaklah berita yang sudah diyakini sepenuhnya akan kebenarannya dan bukanlah sebuah khabar angina atau berita diragui. Selain memberi fokus untuk menyampaikan sesebuah berita yang benar, badan media juga hendaklah bijak menentukan antara banyak-banyak berita yang benar mana yang perlu didahulukan (awlawiyat), ada sebahagian berita perlu diberi fokus sepenuhnya, ada berita yang hanya perlu dilihat secara kecil da nada sebahagian berita yang sebenarnya langsung tidak perlu untuk kita laporkan pun. Penilaian dalam perkara ini adalah dari segi maslahat dan mafsadah sesuatu berita itu pada masyarakat umum. Sesuatu media atau berita juga mestilah bersifat adil dan pertengahan. Ianya bermaksud berita tersebut tidak boleh terlalu melebihkan sesuatu isu berbanding isu yang lain. Kerana salah satu peranan media adalah mendidik masyarakat, jika kita inginkan masyarakat yang syumul dari segi pengetahuan dan kemampuan maka berita yang disampaikan mestilah berbentuk syumul meliputi politik, social, ekonomi, kegamaan, kekeluargaan, kenegaraan dan lain-lain. Sesuatu sudut tidak sepatutnya melebihi sudut-sudut yang lain. Hiburan dalam media adalah dibolehkan namun hiburan tersebut mestilah tidak menyentuh perkara yang haram serta mempunyai objektif yang jelas. Berkata Abu Darda RA mengenai perkara ini:
إني لأستجم نفسي باللهو ليكون أقوى لها على الحق
(adakalanya) aku akan merehatkan diriku dengan perkara yang lagho supaya (dengan kerehatan itu) aku menjadi semakin kuat dalam memikul kebenaran.
*Artikel ini merupakan tulisan asal daripada bahasa arab yang ditulis oleh Syiekh Dr Yusuf Al-Qardawi dari laman web qardawi.net
 
Diterjemah dan disunting oleh
Ust Muhammad Firdaus bin Zalani

No comments:

Post a Comment