Saturday, August 23, 2014

Awie tak daftar nikah di Jawi



ROZANA (tengah) bersama Rubiah (kiri) dan Majdah berbincang sesuatu di lobi di Mahkamah Syariah Rendah Kuala Lumpur di Jalan Duta semalam.


KUALA LUMPUR – Rozana Misbun mendedahkan bahawa pernikahannya dengan penyanyi dan pelakon popular Awie di Songkhla, Thailand sejak sembilan tahun belum didaftar dengan jabatan agama di negara ini.
Rozana, 36, mendakwa dia hanya menyedari perkara tersebut selepas merujuk masalah rumah tangganya di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada Jun lalu.
Wanita itu memberitahu, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, sebelum ini pernah memaklumkan bahawa dia telah mendaftarkan perkahwinan mereka di negara jiran itu pada 20 Jun 2005.
“Bagaimanapun, semasa saya pergi ke Jawi pada 2 Jun lalu, saya terkejut apabila diberitahu oleh pendaftar Jawi bahawa tiada sebarang rekod mengenai perkahwinan saya dan Awie.
“Saya pergi ke Jawi untuk mendapatkan khidmat kaunseling berhubung masalah rumah tangga yang saya hadapi namun apabila staf Jawi menyemak status perkahwinan kami, ia tiada dalam rekod.
“Pada ketika itulah baru saya mengetahui perkahwinan saya dan Awie selama sembilan tahun lalu belum didaftarkan,” katanya ketika ditemui di lobi Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0823&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3BALPoSF2 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment