Friday, August 8, 2014

Berundur elak bahaya


Memetik laporan Associated Press Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte bagaimanapun berjanji kepada keluarga mangsa operasi pencarian akan tetap diteruskan di masa hadapan.
Beliau memuji tahap operasi pasukan penyelamat antarabangsa dilakukan sehingga kini.
Rutte menambah berdasarkan maklumat disampaikan pakar perubatan tentera Ukraine yang memantau perjalanan gerakan mendapati operasi itu mengubah persepsi pihak berkuasa tempatan terhadap keupayaan pasukan penyelamat.
“Terdapat 800 sukarelawan yang melakukan tugasan mencari secara intensif di kawasan itu,” katanya kepada pemberita.
Pasukan Gerakan Mencari Antarabangsa nahas pesawat MH17 diketuai Belanda yang tiba di kawasan kejadian selepas tidak menemui saki-baki mayat mangsa di tempat kejadiankelmarin.
Memetik laporan berita The Sydney Morning Herald, berundur dari kawasan tragedi diambil berikutan kebanyakan mayat mangsa ditemui sebelum ini.
Malah 100 pasukan penyelamat diberikan kawalan keselamatan yang ketat berikutan berdepan cabaran ketika menjalankan tugas di kawasan konflik perang.

“Risiko semakin tinggi namun hasilnya pula tidak memberangsangkan,” kata seorang ahli pasukan gerakan mencari Australia.
Foto
SEBAHAGIAN anggota pasukan penyelamat antarabangsa menunggu arahan untuk meninggalkan kawasan pencarian yang bergolak.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/08

No comments:

Post a Comment