Friday, August 8, 2014

Rusia lanjut permit Snowden


MOSCOW 7 Ogos - Rusia melanjutkan tempoh permit kepada bekas kontraktor sebuah agensi perisikan Amerika Syarikat (AS), Edward Snowden untuk tinggal lebih lama di negara ini, selama tiga tahun lagi, menurut peguamnya hari ini.
Permit itu membenarkan Snowden, yang juga warga AS bergerak bebas keluar dan masuk negara ini, dan ia boleh diperbaharui untuk tempoh tiga tahun lagi, kata Anatoly Kucherena pada sidang media, hari ini.
Beliau berkata, Snowden juga boleh memohon status warganegara Rusia selepas lima tahun menetap di negara ini.
Snowden, 31, kini mempunyai kerjaya dan hidup sederhana di sini. Beliau menerima status pelarian sementara di Rusia selepas tiba di Moscow pada Jun tahun lalu.
Bekas perisik itu mencetuskan kontroversi pada tahun lalu selepas beliau mendedahkan maklumat telekomunikasi dan emel melalui program yang dikendalikan dengan bekas majikannya, Agensi Keselamatan Kebangsaan AS (NSA). - dpa


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140808/lu_09/Rusia-lanjut-permit-Snowden#ixzz39kKohlZG
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment