Friday, August 8, 2014

Kiev cabuli gencatan senjata di lokasi MH17


KUMPULAN pakar-pakar antarabangsa berdiri selama seminit bagi memberikan penghormatan ke atas mangsa-mangsa pesawat MH17 sebelum mereka meninggalkan bandar Soledar, timur Ukarine semalam.


KIEV - Ukraine semalam melanggar gencatan senjata yang dikuatkuasakan di kawasan berdekatan sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) terhempas.
Pengumuman itu dibuat sehari selepas pakar-pakar antarabangsa mengumumkan mereka terpaksa menghentikan siasatan berikutan pertempuran yang masih berterusan.
Kerajaan Ukraine dalam satu kenyataan berkata, pasukan siasatan yang diketuai oleh Belanda telah dimaklumkan bahawa gencatan di kawasan yang dikuasai kumpulan pemisah telah dibatalkan.
Di Amsterdam, kerajaan Belanda menggantung misi mencari mayat mangsa dan serpihan pesawat MH17 ekoran pertempuran antara tentera Ukraine dan kumpulan pemisah pro-Rusia yang semakin membimbangkan di timur negara itu.
Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte berkata, risiko yang perlu ditanggung oleh pasukan 70 pakar dari Australia, Belanda dan Malaysia sangat tinggi untuk meneruskan tugas di kawasan nahas.
Pesawat MH17 milik MAS itu dipercayai ditembak jatuh pada 17 Julai lalu yang mengorbankan seramai 298 orang termasuk anak kapal. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0808&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz39kPAQll8 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment