Saturday, September 13, 2014

13 banduan dapat pampasan RM8.5j


Riyadh: Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi membayar pampasan SR10 juta (RM8.5 juta) kepada 13 bekas banduan yang dipenjara melebih tempoh hukuman sebenar.

Jumlah maksimum yang diterima seorang banduan ialah SR2 juta (RM1.7juta) sementara jumlah minimum SR59,000 (RM50,000).


Jurucakap Kementerian Kehakiman Fahd Abdullah Al-Bakran berkata, bayaran itu dibuat atas arahan Mahkamah Jenayah Khas.

“Bekas banduan yang bersetuju dengan jumlah berkenaan menerima wang berkenaan tanpa membawa isu terbabit ke mahkamah. Manakala plaintif yang tidak berpuas hati boleh memfailkan kes berkenaan kepada Kementerian Dalam Negeri untuk menuntut jumlah yang lebih tinggi,” katanya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/13

No comments:

Post a Comment