Wednesday, September 3, 2014

Jurufoto Russia yang hilang di Ukraine dijumpai mati

Gambar wartawan Russia Andrei Stenin yang hilang dan ditemui mati hari ini. - Foto AP

RABU, 3 SEPTEMBER 2014 @ 2:43 PM
MOSCOW: Jurufoto Russia Andrei Stenin, yang hilang sejak awal Ogos, dijumpai mati di Ukraine, agensi akhbar RIA-Novosti di mana beliau berkhidmat mengumumkan hari ini.
"Rakan sekerja kami, jurufoto Andrei Stenin, dijumpai mati. Dia bukannya tahanan tetapi sudah meninggal dunia selama sebulan," kata ketua agensi berkenaan Dmitry Kislev.
"Keretanya ditembak dan terbakar di jalan raya berdekatan Donetsk," kata Kiselev.
Russia melancarkan penyiasatan pada pertengahan Ogos lalu berikutan kehilangan jurufoto itu dan percaya dia ditahan oleh pihak berkuasa Ukraine.
"Malangnya, di mana kami berusaha untuk melakukan yang terbaik, bahkan apa sahaja yang boleh untuk menyelamatkannya, Andrei sudahpun tiada," kata Kiselev.
Stenin, 33, mula berkhidmat di Ukraine sejak 14 Mei lalu.
Tiga wartawan Russia lain juga terbunuh di Ukraine Jun lalu.
Seorang jurufoto Itali dan pembantunya dari Russia juga terbunuh pada penghujung Mei lalu. - AFP

No comments:

Post a Comment