Wednesday, September 3, 2014

Putin, Poroshenko bincang langkah tamatkan krisis Ukraine


 
MOSCOW: Presiden Russia Vladimir Putin dan rakan sejawatannya dari Ukraine Petro Poroshenko hari ini berbincang langkah yang perlu diambil untuk gencatan senjata dan mencari jalan bagi menamatkan konflik di timur Ukraine.

"Kedua-dua pemimpin bertukar pandangan mengenai apa yang perlu dilakukan terlebih dulu bagi menghentikan pertumpahan darah di tenggara negara ini

secepat mungkin," kata jurucakap Putin, Dmitry Peskov.

"Pandangan mereka turut timbal balas dalam beberapa perkara," kata Peskov.



Minggu lalu Putin dan Poroshenko mengadakan perjumpaan di Minsk tetapi tidak mencapai persetujuan untuk menamatkan konflik berkenaan yang semakin tegang berikutan tuduhan bahawa Russia menempatkan askarnya di Ukraine. - AFP

No comments:

Post a Comment